Liyana Marzuki
Home About Me Make Up Resepi DIY & Craft
Dah Halal! Yeayy..

Assalamualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Sebelum ni takde masa nak melayan benda alah ni (blog) oleh kerana pelajaran mesti diutamakan dahulu. (itu apa yang mama selalu pesan). Alhamdulillah pada 20 april 2016 tamat lah sudah status aku sebagai seorang student, dan pada tarikh 30 april 2016 juga aku sudah bergelar isteri orang! seawal usia aku 21 tahun. 

Haaaa.. Boleh percaya atau tak?

Sebenarnya semua ni dah rancang lama dah.. Masa bulan februari lagi, tapi still cepat kan? Ada ke masa nak prepare semua? dengan hantarannya, dengan baju nikah, cincin nikah, nak dapatkan pengesahan daripada jabatan agama islam, nak deal dengan tok kadi dan sebagainyaa.. Memang tak sempat laa. Disebabkan atas usaha mama sendiri dan hasil usaha aku jugak dalam menyiapkan segala persiapan.

Nak seribu daya betul tak?

Tapi diatas persetujuan semua belah pihak majlis akad nikah dijalankan terlebih dahulu dan reception nya kemudian.. hehe. Aku ni bukan lah orang kaya duit penuh sampai terkoyak dompet dan jodoh pon bukan lah daripada orang yang hebat hebat atau berada. Oleh sebab itu majlis nikah aku juga dijalankan secara simple.  

Tanpa diduga suami sendiri adalah boyfriend sendiri masa aku belajar. Tu biasa kann.. Jodoh Allah SWT dah tentukan kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang :)

Ada pihak yang mengatakan "ehh kenapa awal sangat? kerja lah dulu. Tak sempat duit kerja nak berjoli untuk diri sendiri dah kahwin."

Setahu aku perempuan walaupon dia dah berkahwin duit dia tetap jadi hak milik dia, melainkan suami, duit dia duit aku jugak. hehe.. Yes I know kalau dah kahwin, duit kita terpaksa melabur untuk beli barang keperluan dapur rumah, bayar kereta, bayar sewa rumah, bil api air dan sebagainya. But, still boleh berjoli kan even dah kahwin? Lagi best berjoli dengan suami sendiri. Betul tak? Dalam Al-Quran juga mengatakan kahwin di usia muda InsyaAllah Allah SWT murahkan rezekinya. Amin amin..

Semoga aku juga dapat menjadi seorang isteri yang solehah dan sentiasa taat kepada suami. Aminn! Doakan kebahagian kami sekeluarga. ;)


Cik suami pandang ape tuu?


 Gambar mase nikah..









0 Comment
Older Post